"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Wednesday, May 12, 2010

Debaran 8 AF8


ok..serius malas nak menulis so ni berita di portak hiburan www.murai.,com.my
enjoy ye membacanya!!

Seperti yang dijangka, pelajar 'favourite' AF8, Shahir kembali semula ke akademi selepas menerima undian AFMASUK tertinggi dalam Debaran AF sebentar tadi.

Pengumuman dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 21 sebelum ini tersingkir di minggu ketujuh, satu keputusan yang mengejutkan ramai pihak kerana Shahir dikatakan sebagai pelajar yang memenuhi piawaian AF8 dan juga salah satu pelajar pilihan utama pengetua, Norman Abdul Halim untuk ke peringkat akhir.

Dengan meraih undian SMS tertinggi, Shahir menewaskan pelajar-pelajar lain termasuk Alif dan Anum yang sebelum ini turut menjadi pilihan ramai peminat AF8 untuk dimasukkan semula.

Debaran AF dimulakan dengan semua pelajar yang tersingkir sebelum ini bergabung menyanyikan lagu Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.

Lima pelajar yang masih kekal juga turut mempersembahkan lagu bonus mingguan mereka, Andai Kau Pergi dari Indigo serta lagu rasmi Akademi Fantasia, Menuju Puncak.

Dengan kemasukkan Shahir, maka persaingan kembali sengit kepada 6 orang untuk merebut gelaran juara AF8.

creadit to murai.com.my

1 comment:

azhariahzuber said...

setiap tahun ada afmasuk kan