"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Sunday, January 4, 2009

2008...semuanya dalam kenangan

dah 4 hari dah masuk tahun 2009 tapi aku mcm susah nak lupakan liku-liku perjalanan aku untuk tahun 2008...



*suka....


  1. aku dah pun ada rumah sendiri dengan dekorasi dan rona warna yang mengikut citarasa aku
  2. sambil aku pun dah lakukan sesuatu untuk 'carier development' aku..aku sambung master pengurusan pendidikan kat um
  3. aku dah ada lesen sebagai UNIT TRUST CONSULTANT yang aku ambik dengan pihak fmutm
  4. hurm,koam?aku dah lama lulus ujiannya cuma tahun 2008 baru dapat lesen gred 3
  5. selama ni aku melatih group teater cuma sekadar berdasarkan pengalaman dan sikit2 bakat yang ada, tapi penghujung 2008 aku telah menghadiri kursus teater jsbn,alhamdulillah LULUS dan dapat PESERTA TERBAIK..
  6. tunggakan ptptn makin sikit dan aku berazam nak settlekan 2009 (kalau boleh) then hutang berbaki aku selesaikan dengan potongan gaji
  7. ha, tak pernah terfikir nak joint gym..tq mak sbb sponsor untuk masuk california fitness sempena birthday abg..
  8. ramai budak aku dapat A untuk subjek sains yang aku ajar (even kelas belakang pun ada 2 orang dapat A)..aku happy sangat..honestly aku nangis masa result keluar..tak sangka usaha kami berbaloi...
  9. kelas yang aku jaga buat web site sendiri (katanya dedikasi untuk kenangan ngan aku..aiyo bijak arr budak2 sekarang)

*kurang suka....

  • aku tak dapat pindah la ke negeri sembilan..alasan kementerian "sape suruh beli rumah kat sana?...lain kali cikgu belilah rumah kat sekolah yang cikgu ajar,maaflah cikgu..ni bukan kes kronik,kalau cikgu pinjam ngan along ngan dalam bahaya baru kami layan..."CHOI
  • aku terpaksa berulang dan bangun seawal 5pagi untuk 4 bulan then minyak naik,budget lari so kena la cari umah sewa kat kl untuk kurangkan kos..
  • flow money aku tak cantik sebab kurang duit arr aku tak buat any part time n gaji makin kecik sbb dah tolak duit rumah tapi..selagi bernafas jgn mengalah!!
  • masih ada kawan yang KAKI PROPA n kadang2 aku buat2 jek mesra sbb aku tahu dia kaki kencing n kaki tikam dr belakang
  • ntahlah lupa la...malas nak ingat,rasanya ada lagi ni..nanti lah aku ingat aku tulis ok..

AKU BERHARAP AGAR USAHA AKU DIBERKATI OLEH ALLAH SWT DAN AKU AKAN MENDAPAT KEJAYAAN YANG AKU IDAMKAN SELAMA INI...AMINN

No comments: