"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Saturday, April 24, 2010

MSS 2010

seperti tahun2 yang sudah @NyP akan dipanggil bertugas untuk beberapa kejohanan sukan..sejak lulus ujian KOAM pada tahun 2004 mmg @NyP niat nak aktifkan diri..tahun 2010 @NyP dengan tugas di kejohanan olahraga di UPM sebagai penolong pelepas dan pada 20 - 23 April, @NyP dipanggil untuk bertugas sebagai pegawai bilik panggilan..hurm, serius..tak pernah lagi bertugas untuk post ni..hurm, banyak cabaran yer..nampak mudah sbb kena dtg awal 45 minit sebelum acara bermula..lets say acara start jam 7 pagi so 6.15 pagi dah kena wat panggilan peserta untuk check nombor bip, logo penaja, paku pada spike dan sebagainya la..so untuk pastikan @NyP sampai ke Stadium Kelana Jaya sebelum jam 6pagi so terpaksa la bangun jam 5 pagi dan tepat jam 5.3o pagi dah gerak ke sana..pergh!!!


beberapa perkara yang menarik-terpaksa berkejar jumpa hakim penamat+penolong pelepas+juru hebah sebab runner tak cukup..

then ada peserta yang enggan membuka sweater bila nak check no bip..lor..patutlah tak nak buka sbb no daftar lain sangat daripada no badan..

then ada gak peserta yang menarik diri (sepatutnya bg mc jek) pada hari pertama dah gaduh2 ngan kami di bilik panggilan sbb namanya digugurkan untuk acara hari ketiga..dont break the rules ye atlit!!!

hurm..dah nak gerak ni tapi peserta yang dah mendaftar hilangkan diri..bila kena marah teruslah pegawai2 di bilik panggilan pulak kena maki..eh eh sape suruh g warm up kat tempat lain (strategi berasap kah? haiyo...!!!)

then @NyP terpaksa bertugas seorang pada hari terakhir kejohanan sbb rakan setugas accident dan tak dapat hadir..haiyo..pening giler!!mujur semua berjalan lancar..thanks kepasa semua atlet dan pegawai pengiring dan jurulatih..

hurm.. @NyP rasa terkilan sbb ada seorang pelari dari petaling utama (Iqbal Naim rasanya nama dia- mix mat salleh) yang ketinggalan 0.01 saat di belakang catatan rekod 200m L1 semasa larian pada peringkat saringan tetapi terpaksa menarik diri untuk final sbb injured..xpelah dik..bukan rezeki.. :(

dramatik sangat saat larian 4x400m L1 ..persaingan sangat ketara antara Klang, Petaling Utama dan Petaling Perdana dan ternyata Petaling Perdana dengan penuh bergaya mencecahkan torsur terlebih dahulu ke garisan penamat..aku teruja melihat larian ini dan bersalam dengan pemenang2 emas ini.. begitu juga dramatik semasa lompatan terakhir untuk acara lompat tinggi L2 ..percubaan untuk menyamai rekod MSSM namun..tak berjaya..apapun..tetap berjaya pecahkan rekod MSS


p/s :


@NyP sedang memikirkan samaada ingin ke johor untuk MSSM

ataupun untuk menyertai pegawai2 dari negara lain untuk MSS Asean ..

takut nanti dah dapat panggilan tapi tak dapat pelepasan pulak dari madam GB...

2 comments:

alfa juliet said...

aku rasa susah gb nak elpaskan ko sbb ko cikgu tahun 6

4z3r@1 Azm1 said...

tu la pasalllll