"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Wednesday, April 8, 2009

Udah2 la tranformasi yang memualkan!!

Aku rasa mual lak tgk konsert af4 hari tu, mual dengan undi kesian pada yazid (tetiba naik ke tannga kedua lepas bersedih dengan cerita ttg arwah ibunya) mual juga dengan cikgu yang bersungguh2 nak menyampuk dan secara langsung sebenarnya menjatuhkan air muka pengkritik untuk konsert malam tu..

sebagai guru (kebetulan aku mmg guru yang dilatih secara profesional) kita sepatutnya menerima teguran orang lain untuk memperbaiki pedagogi kita, bukannya mengkritik semula pihak yang memberi komen kepada anak murid kita tu..bukan tak boleh cuba bukan depan orang ramai.

ok la, mmg AF medan mencari bintang (patutla berapa kerat jek yang jd bintang) tapi dalam pertandingan yg menitikberatkan nyanyian ni haruslah vokal diambil kira sebagai aspek yang paling penting then barulah lengkapkan diri 'bintang' tu dengan spectacular factors yang lain.

Dato CT dulu masa mula2 masuk Juara Lagu 96 dengan lagu Jerat Percintaan pun sekadar duduk dan berdiri sahaja namun disebabkan vokal beliau yang superb beliau dapat menepis bintang paling popilar ketika itu, Kak Ziana...tgk..vokal penting kan?

ibaratnya mcm ni, untuk SPM semua subjek paling penting namun paling penting antara semua subjek penting tu adalah subjek BM,kalau nak keje kerajaan (tak kira la keje apa pun) malah nak minta biasiswa untuk master dan PhD walaupun dah ada degree tetap ditanya keputusan BM untuk SPM..penting kan subjek BM..so faham la konotasi ni ye cikgu2 AF terhadap pentingnya aspek vokal untuk 'bintang' AF ni

Syabas cikgu CT dan cikgu Syafi-mungkin disebabkan mereka ada sekolah muzik masing so mereka tahu silibus dan lebih terarah pengajaran mereka..cikgu Ida-pakaian ok sikit la skg tapi menagajar macam a bit berangan + merapu..lebih baik tumpukan pada diksi,artikulasi dan emosi bukan lakonan ybudak jantan dilembikkan jadi pondan-cikgu Marlia + ibu Fauziah Nawi gak yang tahu apa itu seni persembahan dalam nyanyian...

anyway, aku tetap demam dengan AF dan tetap Afundi Akim (harap ada afundi masuk..nak zizi ke final)

No comments: